PROFIL SEKOLAH KEBANGSAAN LIAU APIN-APIN
Latarbelakang dan Profil Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin boleh dilihat melalui 3 elemen utama, iaitu Lokasi, Lencana dan Lagu Sekolahnya. Ketiga-tiga elemen ini memainkan peranan yang penting didalam membentuk identiti sekolah yang unik, sesuai dengan kedudukannya sebagai salah sebuah sekolah tertua didalam Zon Apin-Apin ini.
Sekolah Kebangsaan Liau, Apin-Apin, Keningau merupakan salah satu daripada 84 Sekolah Rendah Kerajaan di Daerah Keningau. Sejarah awal sekolah melangkau hampir 60 tahun sejak penubuhannya sebagai sebuah sekolah sukarelawan rakyat atau Native Voluntary School (NVS) yang berkhidmat bakti untuk masyarakat setempat, khususnya dikawasan Apin-Apin
Pada tahun 1958, SK.Liau telah dinaiktaraf sebagai sebuah sekolah formal oleh kerajaan British, dengan Puan Nancy Tundou sebagai Guru Besar pertamanya. Sehingga kini seramai 13 orang Guru Besar telah berkhidmat di sekolah ini. Pada awalnya,lah Sekolah Kebangsaan Liau hanyalah terdiri daripada 2 blok bangunan kayu, dan satu rumah guru sahaja. Kawasan sekolah pada awal tahun 1970an sehingga pertengahan 1990an dikelilingi oleh pokok 'Tagai', sejenis tumbuhan yang terdapat melata dikawasan sekolah. Pada awal tahun 1980an, perubahan Dasar Pelajaran Kebangsaan menyaksikan pertambahan 2 buah blok bangunan sekolah tambahan yang siap dibina pada tahun 1980, dan 3 unit rumah guru baru yang siap setahun sebelumnya. Kawasan sekolah juga berubah apabila ianya dibersihkan untuk dijadikan padang berkapasiti 400 meter.
PELAN SEKOLAH
LENCANA SEKOLAH
Lencana Sekolah Kebangsaan Liau diilhamkan dari bentuk sebuah Perisai yang melambangkan keutuhan semangat kepimpinan sekolah yang sentiasa maju dalam menyahut cabaran dunia pendidikan masa kini. Lencana ini mula digunapakai pada tahun 1980an sehingga kini. Maksud bagi setiap aspek didalam lencana SK.Liau adalah seperti berikut:
a) Warna Merah - melambangkan semangat berani dan kesiapsiagaan warga SK.Liau didalam menempuhi cabaran dan arus pendidikan perdana yang sentiasa berubah.
b) Warna Kuning - melambangkan kekayaan ilmu dan budibahasa warga SK.Liau sebagai satu organisasi professional yang mengutamakan kemajuan akademik, sahsiah, pembangunan fizikal dan juga mental.
d) Warna Biru - melambangkan semangat perpaduan dan kekitaan diantara pihak sekolah dan warga ibubapa/penjaga SK.Liau didalam menongkah arah menuju pelestarian ilmu melalui pemuafakatan ibubapa dan guru yang berkesan.
e) Warna Perang - melambangkan asal-usul warga SK.Liau yang bermula dari bawah dan mengembling usaha untuk mencapai kejayaan dalam apa jua yang di citrakan.
f) Simbol Gunung Kinabalu - melambangkan kebanggaan warga SK.Liau Apin-Apin sebagai anak watan negara Sabah.
g) Buku - melambangkan intipati SK.Liau sebagai gedung menimba dan memperluaskan ilmu pengetahuan dikalangan komunitinya.
h) Obor - Nyalaan Obor menjulang semangat kesukanan dan keupayaan warga SK.Liau untuk bertanding didalam semua pertandingan kelolaan Sekolah/Zon/Daerah/Bahagian/Negeri/Kebangsaan dengan jaya, komited dan berdaya saing.
i) Rumpun Padi - melambangkan kesatuan warga SK.Liau dibawah kepimpinan sekolah yang dinamik. berdaya maju, berdaya saing dan professional didalam mencapai aspirasi sekolah dan negara didalam agenda Pendidikan Nasional dengan motto sekolah ILMU SULUH HIDUP maka usaha sekolah dalam melahirkan warga masyarakat yang berilmu, berdisiplin dan mengamalkan nilai-nilai agama dan moral akan dapat dicapai.

LAGU SEKOLAH
Selamat Pagi dan Selamat Datang, c/o Inilah tempatku belajar bersungguh demi masa depanku.
Pada Guru dan Rakan-Rakan Ilmu Suluh Hidup, Belajar Bersungguh demi cita-citaku
Semoga Sihat dan Sejahtera Kami putera-puteri disekolah ini, berusaha terus maju.
Atas Lindungan Tuhan. Prinsip rukunegara, jadi pedoman kami menuju kejayaan.
SK.Liau nama sekolahku Lagu Dicipta oleh : En.Hassan Mansor@ James
Tempat kami menuntut ilmu,
Kira,Baca dan juga Tulis
Atas bimbingan Guru
IKRAR SEKOLAH
Bahawasanya
Maka Kami
Murid-Murid DiSekolah ini
Berikrar
Akan Belajar Bersungguh-Sungguh
Serta Berusaha
Dan Akan menumpukan seluruh tenaga kami
Untuk
Mencapai Cita-Citia Rukun Negara
Berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan.
VISI,MISI,OBJEKTIF DAN MOTTO SEKOLAH
VISI
" Pendidikan Berkualiti Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melahirkan Sistem Pendidikan Berkualiti Untuk Membangun Potensi Invididu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
OBJEKTIF
1. Memastikan semua murid berpeluang menguasai kemahiran diri dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum ke tahap yang cemerlang
2. Memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran semua matapelajaran dan meningkatkan prestasi ke tahap yang cemerlang.
3. Melonjakkan prestasi UPSR sehingga 80 peratus ke atas dengan GPS 2.00 dan ke bawah dan meningkatkan band sekolah

MOTTO
SENTIASA BERUSAHA MENGAMALKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG