LAMAN WEB FROG VLE SK.LIAU APIN-APIN KENINGAU
Selamat Datang Ke Laman Web Frog VLE SK.Liau Apin-Apin Keningau. Laman ini diadakan khusus untuk memudahkan ibubapa dan murid-murid untuk memperolehi maklumat terkini berkenaan dengan perlaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog atau Frog VLE. Untuk makluman bahan dalam Laman ini akan dikendalikan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
PENGENALAN KEPADA FROG VLE
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE. Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
KERANGKA UTAMA FROG VLE
Frog VLE adalah inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia didalam membangunkan prasarana pembelajaran murid-murid merentasi bilik darjah. Untuk mencapai tujuan ini, satu Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) telah diadakan dengan pembekal perkhidmatan, YES Malaysia untuk membentuk FROG VLE. Perkhidmatan ini akan mengutilisasikan teknologi maklumat secara bersepadu dan menyeluruh didalam membentuk komuniti murid yang mengamalkan pembelajaran abad ke-21.
Frog VLE juga memudahkan kolaborasi antara guru dengan murid diluar waktu mengajar. Pembelajaran terbimbing boleh dilakukan setiap masa didalam persekitaran maya yang kaya dengan sumber maklumat yang dapat membantu murid-murid mengembangkan ilmu pengetahuan mereka.
CIRI-CIRI UNIK FROG VLE
Frog VLE terdiri daripada satu platform yang dinamakan 'Dashboard". Didalam program ini, Sekolah mempunyai satu "Dashboard" utama yang dapat menyelia aktiviti murid-murid dan juga guru-guru. Setiap guru dan murid juga mempunyai "Dashboard" mereka masing-masing. "Dashboard" ini merupakan laman interaktif yang membolehkan murid-murid dan guru-guru berinteraksi secara "realtime" pada satu-satu masa.